KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Tuesday, September 7, 2010

Resipi Biskut TART NENAS BENTUK BUAH.

Tart NENAS bentuk Buah


salam.
dah semakin dekat hari raya...
macamana persiapan raya korang?
ada yang dah balik kampung?
wah..seronoknya...
family rai pun akan balik kampung di Melaka + Negeri Sembilan.
huwaaaaaaaaaaaaaaa.
sangat jeles.


hehe..
oklah...
hari ni rai nak bagi resipi Tart Nenas Bentuk buah.
Rai belajar gunting Tart Nenas ni dari mama rai..
Tiap2 tahun kuih nie takkan miss dari senarai kuih raya kat rumah...
tapi nak buat dia serius memerlukan kesabaran...
kena gunting satu persatu kot!!
fuh. letih2..
tapi hasil dia..
pasti tidak mengecewakan...


yang penting..
gunakan butter yang sedap, kulit tart tidak tebal sangat bagi mengelakkan rasa muak, dan isi jem tu mesti mahu banyak!!!!
insyallah sedap k..
lagi satu..
kalau nak bentukkan tart menjadi buah camni..
kita tak boleh menggunakan doh yang gebu macam buat tart gulung tu..
atau jem anda terlalu cair..
sebab..
nanti bila masak...biskut anda akan mengembang dan jadi penyek.
so dalam doh tart ni...
kita tidak menggunakan tepung jagung/tepung kastard seperti doh tart yang selalu...


sumber resipi: mama ku
Jem dia pula rai ambil idea dari blog nie:
Click sini untuk melihat idea asal.
hehe. Guna rice cooker je ok!!!
senang gila. masak cam nasi biasa...
then dah ternaik button tu..
just tekan lagi...
sehinggalah jem anda betul2 kering...
and Jem anda insyallah takkan ada masalah hangit.



Bahan2 dan Cara2 membuat Jem:

2 kg Nenas (2 biji)



Parut Nenas menggunakan penyagat untuk mendapatkan struktur jem yang bertali2. Parut jangan sampai bahagian empulur Nenas.



Nenas yang telah diparut
400 gram gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
3 titik pewarna kuning
sebatang kulit kayu manis jika suka



Buangkan sedikit air Nenas yang telah diparut, tapi jangan sampai kering sangat.Satukan semua bahan2 di atas di dalam rice cooker. Kemudian hanya ON dan masak seperti nasi biasa. Cuma pada mulanya kalau boleh jangan tutup periuk,biarkan sahaja ia terdedah untuk mengelakkan membuak2. Bila air dah kering sedikit, barulah boleh ditutup.



Jem dah kering sedikit. Kalau button rice cooker dah terangkat, teruskan menekan sehinggalah jem anda betul2 kering.



Bila jem dah betul2 kering. Tapis jem tadi menggunakan penapis dan biarkan ia sejuk. kalau boleh masukkan dalam peti sejuk untuk menjadikan ia keras sedikit.



Jem dah jadi pun. Nampak tak struktur ia yang bertali2 tu... hehe


kalau tak nak guna rice cooker pun boleh... dengan menggunakan resipi yang sama...
cuma satukan bahan2 di atas dan masak di atas api yang sederhana sehingga ia betul2 kering. Tapi kena selalu jaga supaya tidak hangit permukaan bawahnya.



Gentel dan bulat2kan jem untuk memudahkan kerja



Bahan2 dan cara2 untuk membuat doh Tart:
Bahan A:
1 kg tepung gandum
630 gm Butter pada suhu bilik




Satukan bahan2 di atas.


Uli rata.



Bahan B:
4 biji kuning telur
1 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit garam



Satukan bahan2 di atas. cukup sekadar ratakan.tak payah pukul.



Masukkan bahan2 B ke dalam bahan A.



Uli dengan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.



Ambil sedikit doh dan leperkan.



Masukkan jem.



Leperkan jem tadi



Tutup semula doh dan bulat2kan ia supaya tertutup rapat dan kemas



Bentukkan ia menjadi lonjong


Gunting permukaan doh tetapi jangan putus menjadi bentuk segitiga. sebenarnya rai gunting atas tapak tangan tapi dalam gambar ni Rai letakkan atas pinggan sebab nak ambil gambar.haha.



So, Rai selitkan gambar ini untuk memudahkan anda memahami proses menggunting doh tu. hehe.Mulakan dengan menggunting bahagian atas.


Lupalak nak cakap...
Untuk Hiasan tangkai tu... kita perlukan
BUNGA CENGKIH secukupnya.

Cucuk bunga cengkih untuk dijadikan tangkai...Inilah hasilnya.cam buah yang direbutkan tupai dalam ICE AGE pun ada. haha. tapi yang ni rai buat banyak kelopak dia. so terpulang la pada kreativiti masing2 k...



Nie hasil kerja semasa rajin.









haha. then dah malas + mengantuk, macam2 saiz ada. haha. dari bentuk buah NENAS dah jadi buah DURIAN!
Muahahahahhahahaha.



kemudian kita perlukan kuning telur untuk disapu kat atasnya...



yang nie rai sapu kuning telur je kat atasnya. rasa cam tak puas hati pulak sebab nampak pucat.



Then loyang lain, Rai titikkan pewarna kuning + kuning telur tadi. haha. kemudian baru sapu kat atas permukaan biskut tadi. ha... barula menyerlah.
huhuhu. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 celsius selama 30-40 minit.



Tart buah ku sudah masak. hee.



hehe.dapat 4 loyang.


Selamat mencuba~

13 budak2 comel:

Hazzy Ishak said...

kagumnye tgk rai buat biskut ni

Suara Kalbu said...

Sumpah..

tart ni comel macam tuan dia ahaks

Umie said...

kreatifnya rai ni..hehhee

Kaklong Fetty said...

hai rai...sgt cantik sy ingin mencuba tp bole x ajar sy buat tart yg bentuk buah manggis.

~ My Journey ~ said...
This comment has been removed by the author.
~ My Journey ~ said...

Boleh ker gune resepi utk buat tart nenas gulung? resepi doh dia sama jer kan.. pls feed back rai...

Anonymous said...

kompem sedap~
sbb aroma cengkih+rase tart tuh bergabung = wangi!!!

zila craft ^_^ hocolate at home said...

wahh cantiknya..nti mow cuba buat yg ne hihi..tpi boli bgi resipi ke yg tart brbentuk mangis,lobak,lada,labu kuning..??

kak lia said...

teringin nak buat,, bagus la rai tunjuk step by step... sukanyaaa.... tq

nenot said...

comelnye....:).izinkn saye tag

Anonymous said...

sedap nya nmpak kecur air liur

norizan said...

Very nice......

norsadira said...

Rajin buat bentuk ni..fuhh kne gigih..jmput singgah blog sy ea dirawanhartawan.blogsport.com